Sunday, September 23, 2012

Nikmat Sihat Sebelum Sakit

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Nikmat sihat baru dirasa selepas kita merasakan sakit...
Nikmat hidup mungkin akan dirasa selepas mati...

Tulisan ini dicoretkan sempena demam kajian tindakan yang ditambah dengan sakit gigi bongsu ni. InsyaAllah 26 September ni akan jalani pembedahan kecil untuk buang gigi bongsu sebab gigi ni tiada ruang untuk tumbuh menyebabkan gusi saya membengkak.

Sejak beberapa minggu ni terpaksa makan benda yang lembut-lembut je. Bak kata doktor HUSM makan makanan yang boleh telan terus supaya tak perlu kunyah sangat.

Alhamdulillah..baru saya sedar betapa nikmatnya dapat bangun, duduk dan makan sebelum ni. Sebelum sakit saya tidak rasakan itu semua nikmat yang Allah kurniakan. Tetapi selepas sakit, selepas tak dapat semua nikmat tu baru kita akan rasa betapa beruntungnya kita. Betapa Allah sayang kita dengan memberikan banyak nikmat di dunia ini tanpa kita sedari. Sedangkan kita sebagai hamba belum cukup mendambakan diri sepenuhnya...

Kadang-kadang saya terfikir, mengapa saya sering alpa dan leka...sedangkan saya tidak tahu waktu pengakhiran hidup ini..


Sekian daripada saya..
S. N. A.

Thursday, May 17, 2012

Last Praktikum

Assalamualaikum..

Dah lama tak menulis, hari ni tiba-tiba rasa nak mencoretkan sesuatu. Sebelum ni terlalu sibuk berpraktikum selama 3 bulan. Waktu tu memang takde masa nak bersenang-lenanglah orang cakap. Sibuk memanjang dari pagi sampai malam pastu sambung untuk hari esok plak, dah macam robot hidup rasenya.



Tapi macam mana penat pun masih boleh terhibur dengan perangai murid-murid yang selalu jawab pelik-pelik dan tak disangka-sangka. Kita nak marah pun tak jadi dibuatnya. Apa-apa pun nak ucapkan trima kasih sgt kepada cikgu-cikgu di SK Seri Wakaf Bharu yang banyak tolong saya,tolong cover line,tolong menyelamatkan keadaan dan macam-macam lagi. 


Minggu last rasa sedih sangat sebab terpaksa tinggalkan murid-murid yang tak habis-habis cari 'cikgu nabila' ni dan sibuk tanya 'cikgu nabila bila nak masuk kelas kito'. Semoga semua yang diajar mendapat berkat dan sampai kepada murid-murid ni..Jom tengok gamba plak..


Murid-muridku yang ceria

Sunday, January 1, 2012

Entri Tahun Baru

Assalamualaikum..

Hari ni da masuk tahun 2012. Ini bermakna perjuangan untuk bergelar guru lagi 10 bulan. Saya berharap tahun ni saya akan berubah menjadi lebih sabar dan tenang dalam menghadapi apa saja situasi. Tak kira baik atau buruk, saya mesti hadapi dengan tenang dan penuh rasa keikhlasan.

Review sikit tahun 2011

Tahun 2011 menyaksikan pertambahan berat badan sebanyak 8 kg daripada 50 kg pada tahun 2010 kepada 58 kg pada tahun 2011. Fuh..ini amat menyedihkan sebenarnya. Tapi apakan daya, inilah yang dinamakan tumbesaran. Bukan saya yang makan banyak ye, tapi mmg ini proses pembesaran saya.

Tahun 2011 saya menjadi lebih garang dan keras kepala. Tak tahu kenapa saya mudah marah dan menjadi kurang sabar apabila saya tidak dapat apa yang saya mahukan. Mungkin ini adalah disebabkan pertukaran hormon daripada awal dewasa ke dewasa. Anda semua percaya tak???tolongla percaya...huhu..

Tahun 2011 saya suka buat benda pelik2. Contohnya memakai baju biru dengan tudung oren dan digayakan dengan beg merah. Atau pun makan MCD tengah2 malam, atau makan pizza hut waktu duit tinggal rm5 je dalam bank. 

Tahun 2011 saya rasa saya selalu menangis. Kadang-kadang dalam satu hari sampai 5 kali saya menangis. Lepas nangis saya akan goreng nugget dan makan dengan nasi putih. Kenapa  ntah lepas nangis kena makan nugget. Ok ape daripada makan ubat tidur, tak ke naya,hehe...




Tuesday, October 11, 2011

Empat Perkara Jadi Panduan Kemanisan Iman (Halawatul Iman)

Assalamualaikum...

Moga sihat sejahtera semua kawan-kawan..Hari ni saya nak menceritakan tentang empat perkara sahaja. Tidak banyak, mudah sahaja apabila dibaca sekali imbas. Tetapi bila dibaca kali ketiga baru kita akan perasan yang bukan senang nak buat benda ni. Ok, teruskan membaca...




Donut yang manis




Madu pun manis

Tapi macam mana dengan kemanisan iman???



Langkah Agresif Memburu Kemanisan Iman


INGATLAH DUA PERKARA

1. Kebaikan orang kepada kita

Jasa orang mestilah sentiasa diingati. Orang yang pernah menolong sama ada dengan wang ringgit, tenaga, masa dan sebagainya. Jika mampu dibalas, berilah balasan sebaiknya. Apabila ingat kebaikan orang kepada kita, kita akan menjadi lebih pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)". 
(Surah al-Duha 93:11)


2. Kesalahan kita kepada orang

Manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Tipulah jika ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan kepada orang lain. Kita akan sentiasa terdorong untuk bermaaf-maafan kerana merasakan kesalahan yang dilakukan mesti dipertanggungjawabkan. Apabila mengingati dosa dan kekhilafan, akan menimbulkan rasa insaf, takut kepada Allah. Ingatlah dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.



LUPAKAN DUA PERKARA

1. Kebaikan kita kepada orang

Seterusnya sampai kepada perkara yang paling sukar iaitu jangan mengungkit-ungkit kebaikan atau jasa yang telah dibuat untuk orang lain. Kita hanyalah wasilah (penyampai) kepada nikmat Allah yang hendak diberikan-Nya kepada manusia lain. Seeloknya apabila kita telah membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah melakukannya. Biar tiada sesiapa pun yang tahu kebaikan yang dilakukan, hanya Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


2. Kesalahan orang terhadap kita

Kesalahan yang dilakukan orang terhadap kita mestilah segera dilupakan. Jika terus diingati bimbang menjadi bahan fitnah syaitan yang suka melaga-lagakan sesama manusia. Syaitan pasti bertepuk gembira jika manusia saling salah menyalahkan. Kita hanya hamba Allah dan manusia yang menyakiti kita juga hamba Allah. Tanamkanlah sifat pemaaf dengan hati yang benar-benar ikhlas. Insyaallah kita akan mencapai ketenangan hidup.


INGAT (2P)+ LUPA (2P) = KEMANISAN IMAN (Halawatul Iman)

Senang je kan formula ni, tapi tak semudah yang disangka. Kita sebagai manusia akan mudah tersasar dan kadang-kadang apa yang diucapkan dengan perbuatan tidak sama dengan kata hati. Apa yang perlu kita lupakan, kita terus ingat. Ini menyebabkan kemanisan iman semakin hambar dan tawar dalam kehidupan kita. 

Oleh itu, saya di sini ingin mengingatkan diri sendiri dan sahabat yang lain supaya sentiasa memperbetulkan niat dan menjaga hubungan sesama manusia. Apa yang penting ialah pandangan Allah kepada kita bukan pandangan manusia lain terhadap kita.
 


Peringatan untuk diri saya sendiri dan sahabat lain, 
Sekian, Wssalam...

Sunday, October 9, 2011

Dedikasi Khas Untuk Akram Mustahakim


9 Oktober 2010

Rasa baru semalam dye col ak dan kami berbaik semula selepas 'berperang' selama 4 hari. Pukul 3 pagi tarikh 9 Oktober 2010 dye col ak dan nak cakap puas-puas ngan aku sampai kredit habis. Aku pun ikutkan saja walaupun masih rasa agak letih selepas buat asgment. Dia banyak cakap pulak pagi-pagi ni, takpelah..tak ngantok kot dia ni. Akhirnya talian terputus sendiri, aku pun sambung tidur.

Tengah hari tu adik pijan col aku dan bagitau dia accident, aku sangka jatuh motor ringan je, rupanya aku diberitahu dia dimasukkan ke dalam ICU. Hatiku tak keruan, macam mana aku nak terbang ke sana, aku nak tahu apa yang terjadi. Tapi apakan daya, aku bukannya ada kuasa magik atau pintu suka hati doraemon . Aku terus berdoa supaya si dia selamat dalam pembedahan.


9 Oktober 2011

Tarikh ni menjelma sekali lagi. Ini bermakna genap setahun kami tidak lagi berbicara. Dia telah hilang dalam dunia sendiri yang aku sendiri pun tak pasti. Tapi aku bersyukur kerana masih diberi peluang melihat wajah sayunya, pandangannya penuh makna, pergerakannya penuh tanda tanya. Apabila aku memberi salam, pasti bergenang kelopak matanya. Aku terus tersenyum dengan harapan senyumanku mampu memberi harapan baru untuk dia kembali sihat seperti dulu. Aku berjanji tidak akan menangis dihadapannya.

Abang, kadang kala hati ini tak sekuat yang disangka...aku hampir putus harapan, hatiku hancur melihat keadaan abang. Tapi apakan daya, ini semua ujian dari Allah. Aku harus redha dan lalui semua ini. Aku tahu setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Allah beri kita ujian untuk hadiahkan kita sebuah kegembiraan yang bermakna. Aku akan terus berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya hanya dengan izin Allah dia akan sembuh seperti sedia kala. Maka teguhkanlah hati, kuatkanlah imanku Ya Allah...hanya kepada Engkau aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan.


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Setiap perpisahan pasti ada kenangan
Setiap kenangan pasti terlipat dalam memori
Setiap memori pasti mengukir selirik senyuman
Hadapilah dengan senyuman dan rasa kesyukuran kepada-Nya




Mickey and Minnie


Kisah mula dulu kala


Kali kedua berjumpa


Berilah kekuatan kepada dia


Akram Mustahakim dengan baju ungu kesayanganku



Sekian, Wssalam...

Saturday, October 8, 2011

Beriadah di Taman Tengku Anis + Tutti Fruti

Assalamualaikum...

Sangat rajin mengepos mlm2 ni, baru lepas buat entri kek bezday kak shu. terlebih masa plak malam ni, tangan ni pun gatal nak menaip je. Pagi da makan kek, petang kita beriadah untuk menghilangkan lemak terkumpul.

Entri ni memang penuh dengan gambar ye, pastikan mata dibuka seluasnya 


 Tuuu dia..tersenyum riang..


 Duk meja luar, amk angin cket, beriadahla katakan..


 Syoknye dpt makan, nyummy2...


 Kami duta Tutti Fruti


 Posing lagi


 Berharga RM 18.80, comey kan marshmallow bunga tu..



 Berharga RM 32.30, sape buat ni, takde kesenian menghidang langsung, huhu..


 Sesi suap menyuap


 Makan sambil tersenyum


 Sesi melicinkan...perabih wei, duit tuuu


Siap dilicinkan

Nak maghrib da, kami pun beransur pulang...

Selamat Tinggal Tutti Fruti!!!


Cubaan Pertama di Bumi Kelantan

Assalamualaikum...

Semalam cek bella buat kek coklat...hehe..lama x buat,rindu plak nk buat. 5hb bezday kak shu, tp ak buat tak tau je. Saje nak sombong ngan kak shu,hehe..cian dia ak senyap je x mau borak pun, lagipun time tu mmg bz nk buat pembentangan projek PDK minggu lepas.

Jumaat malam ak kuar ngan kak sya n nad pergi pantai timur untuk membeli barang. Banyak gak barang yang dibeli, yela mula-mula nak buat kena beli semua barang. 

Bahan-bahan yang dibeli

1.Serbuk koko
2.Susu pekat
3.Susu cair
4.Tepung jagung
5.Coklat urai
6.Bunga hiasan
7.Telur

Jumlah = RM 34.50

pastu beli krim utk tulis nama ats kek, semangat buat kek ni, hehe..rm 3 je, x yah nak buat2 da. Oh ye, ak beli kotak dan board kt hung sing trading.

Yay, barang sudah siap dibeli..esok pagi ak menjalankan misi bersama yeen, pastikan pintu dapur dikunci konon nk surprise, x nak bg ada bau-bau kek terbang ke depan,hehe..

Setelah dibancuh, kek siap untuk dikukus..alamak, xde loyangla plak, aku pun dengan tak malunya pegila pinjam loyang orang belakang,huhu..seb baek ada banyak pilihan loyang, macam2 saiz..

40 minit selepas itu...

Kek sudaaa siap, time to topping!!!

Yay, inilah chef profesional kita.



 Tulis ucapan Selamat Hari Lahir


Letak bunga tiga kuntum "I love you"


Siap daa..jadi jugak kan,haha...sukenye tengok..

Hasil selepas pengukus kekeringan air. Ini semua kerana kelekaan si tukang masak berborak di ruang tamu. Bak kata pepatah "Malang tidak berbau, tapi kek hangus ku berbau"

Mula-mula bagi kak shu kek yang tak jadi ni, haha...sudah terkena, memang terharu dia tengok kitorang buat kek, tapi tak jadi. Sampai sanggup nak makan tu,hehe..tapi aku tak bagi, risau sakit perut dibuatnya. Sebab bekas tu mencair, bahaya takut ada bahan kimia dlm kek ni plak.



Dan akhirnya, kek sebenar muncul,hehehe...



Taraaaaaaaa...23 tu memang sengaja tulis sebesar alam, sedar diri k kak shu, tua sudeh...jgn marah yey,

 Kek dikeluarkan dari kotak



 Kak shu ingat kitorang beli, siap dlm kotak lg tu...



Kami budak cuteeee


Bezday gurl!!!



Misi berjaya...juz for u kak shu, luv u sis!!!


Orite...times up,selamat tinggal...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...