Sunday, September 23, 2012

Nikmat Sihat Sebelum Sakit

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Nikmat sihat baru dirasa selepas kita merasakan sakit...
Nikmat hidup mungkin akan dirasa selepas mati...

Tulisan ini dicoretkan sempena demam kajian tindakan yang ditambah dengan sakit gigi bongsu ni. InsyaAllah 26 September ni akan jalani pembedahan kecil untuk buang gigi bongsu sebab gigi ni tiada ruang untuk tumbuh menyebabkan gusi saya membengkak.

Sejak beberapa minggu ni terpaksa makan benda yang lembut-lembut je. Bak kata doktor HUSM makan makanan yang boleh telan terus supaya tak perlu kunyah sangat.

Alhamdulillah..baru saya sedar betapa nikmatnya dapat bangun, duduk dan makan sebelum ni. Sebelum sakit saya tidak rasakan itu semua nikmat yang Allah kurniakan. Tetapi selepas sakit, selepas tak dapat semua nikmat tu baru kita akan rasa betapa beruntungnya kita. Betapa Allah sayang kita dengan memberikan banyak nikmat di dunia ini tanpa kita sedari. Sedangkan kita sebagai hamba belum cukup mendambakan diri sepenuhnya...

Kadang-kadang saya terfikir, mengapa saya sering alpa dan leka...sedangkan saya tidak tahu waktu pengakhiran hidup ini..


Sekian daripada saya..
S. N. A.

Thursday, May 17, 2012

Last Praktikum

Assalamualaikum..

Dah lama tak menulis, hari ni tiba-tiba rasa nak mencoretkan sesuatu. Sebelum ni terlalu sibuk berpraktikum selama 3 bulan. Waktu tu memang takde masa nak bersenang-lenanglah orang cakap. Sibuk memanjang dari pagi sampai malam pastu sambung untuk hari esok plak, dah macam robot hidup rasenya.



Tapi macam mana penat pun masih boleh terhibur dengan perangai murid-murid yang selalu jawab pelik-pelik dan tak disangka-sangka. Kita nak marah pun tak jadi dibuatnya. Apa-apa pun nak ucapkan trima kasih sgt kepada cikgu-cikgu di SK Seri Wakaf Bharu yang banyak tolong saya,tolong cover line,tolong menyelamatkan keadaan dan macam-macam lagi. 


Minggu last rasa sedih sangat sebab terpaksa tinggalkan murid-murid yang tak habis-habis cari 'cikgu nabila' ni dan sibuk tanya 'cikgu nabila bila nak masuk kelas kito'. Semoga semua yang diajar mendapat berkat dan sampai kepada murid-murid ni..Jom tengok gamba plak..


Murid-muridku yang ceria

Sunday, January 1, 2012

Entri Tahun Baru

Assalamualaikum..

Hari ni da masuk tahun 2012. Ini bermakna perjuangan untuk bergelar guru lagi 10 bulan. Saya berharap tahun ni saya akan berubah menjadi lebih sabar dan tenang dalam menghadapi apa saja situasi. Tak kira baik atau buruk, saya mesti hadapi dengan tenang dan penuh rasa keikhlasan.

Review sikit tahun 2011

Tahun 2011 menyaksikan pertambahan berat badan sebanyak 8 kg daripada 50 kg pada tahun 2010 kepada 58 kg pada tahun 2011. Fuh..ini amat menyedihkan sebenarnya. Tapi apakan daya, inilah yang dinamakan tumbesaran. Bukan saya yang makan banyak ye, tapi mmg ini proses pembesaran saya.

Tahun 2011 saya menjadi lebih garang dan keras kepala. Tak tahu kenapa saya mudah marah dan menjadi kurang sabar apabila saya tidak dapat apa yang saya mahukan. Mungkin ini adalah disebabkan pertukaran hormon daripada awal dewasa ke dewasa. Anda semua percaya tak???tolongla percaya...huhu..

Tahun 2011 saya suka buat benda pelik2. Contohnya memakai baju biru dengan tudung oren dan digayakan dengan beg merah. Atau pun makan MCD tengah2 malam, atau makan pizza hut waktu duit tinggal rm5 je dalam bank. 

Tahun 2011 saya rasa saya selalu menangis. Kadang-kadang dalam satu hari sampai 5 kali saya menangis. Lepas nangis saya akan goreng nugget dan makan dengan nasi putih. Kenapa  ntah lepas nangis kena makan nugget. Ok ape daripada makan ubat tidur, tak ke naya,hehe...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...