Sunday, October 9, 2011

Dedikasi Khas Untuk Akram Mustahakim


9 Oktober 2010

Rasa baru semalam dye col ak dan kami berbaik semula selepas 'berperang' selama 4 hari. Pukul 3 pagi tarikh 9 Oktober 2010 dye col ak dan nak cakap puas-puas ngan aku sampai kredit habis. Aku pun ikutkan saja walaupun masih rasa agak letih selepas buat asgment. Dia banyak cakap pulak pagi-pagi ni, takpelah..tak ngantok kot dia ni. Akhirnya talian terputus sendiri, aku pun sambung tidur.

Tengah hari tu adik pijan col aku dan bagitau dia accident, aku sangka jatuh motor ringan je, rupanya aku diberitahu dia dimasukkan ke dalam ICU. Hatiku tak keruan, macam mana aku nak terbang ke sana, aku nak tahu apa yang terjadi. Tapi apakan daya, aku bukannya ada kuasa magik atau pintu suka hati doraemon . Aku terus berdoa supaya si dia selamat dalam pembedahan.


9 Oktober 2011

Tarikh ni menjelma sekali lagi. Ini bermakna genap setahun kami tidak lagi berbicara. Dia telah hilang dalam dunia sendiri yang aku sendiri pun tak pasti. Tapi aku bersyukur kerana masih diberi peluang melihat wajah sayunya, pandangannya penuh makna, pergerakannya penuh tanda tanya. Apabila aku memberi salam, pasti bergenang kelopak matanya. Aku terus tersenyum dengan harapan senyumanku mampu memberi harapan baru untuk dia kembali sihat seperti dulu. Aku berjanji tidak akan menangis dihadapannya.

Abang, kadang kala hati ini tak sekuat yang disangka...aku hampir putus harapan, hatiku hancur melihat keadaan abang. Tapi apakan daya, ini semua ujian dari Allah. Aku harus redha dan lalui semua ini. Aku tahu setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Allah beri kita ujian untuk hadiahkan kita sebuah kegembiraan yang bermakna. Aku akan terus berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya hanya dengan izin Allah dia akan sembuh seperti sedia kala. Maka teguhkanlah hati, kuatkanlah imanku Ya Allah...hanya kepada Engkau aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan.


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Setiap perpisahan pasti ada kenangan
Setiap kenangan pasti terlipat dalam memori
Setiap memori pasti mengukir selirik senyuman
Hadapilah dengan senyuman dan rasa kesyukuran kepada-Nya




Mickey and Minnie


Kisah mula dulu kala


Kali kedua berjumpa


Berilah kekuatan kepada dia


Akram Mustahakim dengan baju ungu kesayanganku



Sekian, Wssalam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...